LA TAHZAN- JANGAN BERSEDIH
Gagal dan jatuh hari ini adalah satu ujian,..itu tanda Allah sedang melihat dan menguji kita..bersabarlah wahai hati,..jangan juga mendabik dada atas kejayaan yg diperolehi jika datangnya bukan drpd keredhaan Allah.. itu sebenarnya ujian dan petanda bahawa Allah tidak lagi memandang dan peduli kepada kita..
seperti sabda Rasulullah s.a.w dalam wasiatnya:
"sesungguhnya barang siapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya didunia ini. ttp barang siapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia."
pandanglah perkara negatif itu dari sudut positif, pasti ketenangan akan diperolehi ..bawalah perubahan dimana sahaja kita berada..dan berilah harapan kepada setiap insan utk mendekati islam..jangan hanya melihat diri kita ini perfect..sentiasalah bermuhasabah diri..kerana bermuhasabah menjadikan diri sentiasa kerdil dihadapan Allah..
La Tahzan.Allah sentiasa bsrsama orang2 yang beriman..Allah lah sebaik- baik pelindung.
saat bersedih, muhasabah diri.. sujudlah pada-Nya.. bukalah kalam-Nya.. pasti ada ayat yang terbaik buat hamba-Nya..
ReplyDelete