Labels

Tuesday, October 16, 2012

Mencari Jiwa Mutma'innah


30 JANUARI 2012
      Memikirkan sejenak bertapa banyaknya dosaku. Hati ini berasa seperti mati tidak berfungsi, Bahkan seolah-olah ada titik-titik hitam yang menutupi segenap ruang hati yang sehinggakan tidak dapat menerima hidayah daripadanya. Ya Allah aku malu untuk menghadapMu, aku malu untuk memohon taubat daripadaMu diatas segala dosa yang telah aku lakukan. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk aku terus berusaha mendapatkan hidayah-Mu.
        Sambil mencari ketenagan hati bagi mengubati sedikit keresahan hati, ku membelek majalah yang menjadi panduan kepadaku selain daripada Al-Quran iaitu majalah Solusi isu 29 lalu aku tertarik membaca ruangan TANBIH: Peringatan buat yang lalai yang membicarakan tentang tajuk Ibadah Yang Belum Matang. Hatiku begitu terusik didalam rungan ini yang ditulis oleh  Noraslina Jusin yang ada berkaitan dengan diriku ini. Beliau menulis rungan ini adalah untuk menjawab pertanyaan kenalan Facebooknya. Ini adalah soalan yang diajukan.
Bagaimanakah selayaknya untuk seseorang itu bertindak bagi mengelak maksiat dalam hatinya,setelah segala amalan pencegahan seperti membaca al-quran, berzikir dan solat malam telah dilakukan, namun hasilnya maksiat masih membelenggu. Apakah caranya lagi, kak?”
                Lalu beliau mengulas bahawa menjaga hati ibarat “rumah” bagi jasad luaran yang merupakan bukan satu tugas yang mudah.syaitan dan iblis begitu licik dan konsisten dalam mnyesatkan manusia ditambah pula dangan bantuan nafsu ammarah yang selalu mengajak kepada keburukan dan dosa. Sungguhpun telah melakukan pelbagai kebaikan dan amal soleh, namun tanpa pengawasan dan sikap berjaga-jaga, seseorang itu dangan mudah boleh terjebak dalam perangkap iblis laknatullah ini. ‘Dosa hati akan memusnahkan amalan’.penyakit riak, ‘ujub, sum’ah dan pelbagai lagi hasil tusukan halus jarum hasutan syaitan laknatullah. Lantaran itu,hati yang sihat sempurna ialah hati yang dipenuhi dengan nilai ibadah yang benar iaitu melakukan setiap suruhan dan perintah hanya kerana Allah.
Allah tidak akan rugi jika kita tidak menunaikan suruhan dan perintahNya, Allah tidak akan kurang kekuasaannya jika kita tidak melakukan ibadat kepadanya, malahan Allah juga tidak akan bertambah kekuasaanNya jika HambaNYa taat kepadaNya, tetapi Rugilah sesiapa yang ingkar akan perintah dan suruhanNya.”
                Tujuan perintah dan gesaan agar melaksanakan ibadah yang benar, bermujahadah (bersungguh) melawan nafsu yang membuat onar, bertaubat daripada segala khilaf dan salah adalah supaya kelak kita kembali kepadaNya bersama jiwa mutma’innah(tenang), bersih daripada noda dan dosa sebagaimana ketika lahirnya kita kedunia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Hai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah kedalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu”.

Matangkan lah ibadah yang dilakukan seharian. Ia bermaksud dalam setiap yang kita lakukan tiada maksud dunia yang berselindung di sebaliknya. Solat wajib dan solat sunat didirikan bukan kerana inginkan kekayaan dan pangkat, sedekah yang dihulurkan bukan untuk meraih pujian masyarakat, puasa yang dilaksanakan bukan semata-mata inginkan cantik dan sihat, tetapi semata-mata ikhlas kerana Allah yang Maha Hebat.