Labels

Thursday, August 22, 2013

HIKMAH UJIAN

Setiap mukmin yang melakukan kesalahan atau pun dosa pasti akan mendapat balasan drpd Allah s.w.t..cuma yang membezakan antara mukmin itu adalah bila seseorang itu menerima balasan, bagaimana seseorang itu menerima balasan..adakala balasan itu berbentuk ujian..dan ujian itu merupakan tanda Allah masih lagi menyayangi kita..Jangan sampai apabila tiba waktunya Allah s.w.t. tidak lagi menyayangi kepada kita iaitu apabila Allah s.w.t tidak lagi peduli kepada kita..dan ingatlah Allah s.w.t tidak menguji seseorang itu jika seseorang itu tidak trdaya..
Aku juga tidak lari daripada menerima ujian atau mungkin balasan diatas dosa-dosa yang telah aku lakukan..namun aku bersyukur dan redha diatas ujian yang aku terima kerana aku sedar ini mungkin balasan drpd Allah kepada aku dan tanda Allah s.w.t masih lagi menyayangi kepada aku..walaubagaimanapun ia masih belum cukup menutup setiap dosa-dosa yang telah aku lakukan..seperti aku rasakan Allah masih memberikan peluang kepada aku atau mungkin ada ujian yang lebih besar yang bakal aku terima..dan satu perkara yang dapat aku simpulkan adalah..setiap ujian yang Allah berikan kepada hambaNya adalah mempunyai hikmah disebaliknya..Bersyukurlah kepada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan menerima Hidayah..
Ampunilah aku Ya Allah
Terimalah Taubatku Ya Allah
Tidak akan aku ulangi kesilapanku lagi Ya Allah..

Monday, August 19, 2013

MOTIVASI DARIPADA AL-QURAN


2.152-153 (al-Baqarah 152-153) 

"Maka Ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku"."Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh, Allah beserta  orang-orang yang sabar".

 2. 214 (al-Baqarah 214) 

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu( cobaan) seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu, Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang dengan berbagai-bagai (cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “bilakah datang pertolongan Allah?” ingatlah, sesungguhya pertolongan Allah itu dekat".

2. 245 (Al- Baqarah 245) 
"Barang Siapa meminjami Allah dengan pinjaman1 yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak, Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan".
1.  Maksud meminjami Allah adalah menginfakkan hartanya di jalan Allah.

Tuesday, August 13, 2013

Hanya Engkau..

Dalam surah al-Fatihah ayat 1-7 yg bermaksud 
"dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam, Yang Maha pengasih, Maha Penyayang, Pemilik hari pembalasan. Hanya kpd Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yg lurus. Iaitu jalan orang yg telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yg dimurkai, dan bkn pula jalan mereka yg sesat".

Ayat ke-4 Allah bersabda bahawa Dialah pemilik hari pembalasan dimana hari manusia akan dihisab dan menerima pembalasan setimpal dengan amalannya, baik ataupun buruk. Dalam surah Al-Infitar ayat 17 dan 18, Allah bertanya berturut-turut kpd kita manusia apakah dia hari pembalasan?. Dan kemudiannya Allah menjawab pada ayat ke-19 yg bermaksud 

"(yaitu)pada hari ketika seseorang sama sekali tidak berdaya (menolong) orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah".

Allah lah yang paling berkuasa keatas segalanya. KepadaNya lah kita hanya memohon pertolongan pada ketika itu. Seperti ayat ke-5 dlm surah Al-Fatihah yg bermaksud
 "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan".