Labels

Wednesday, May 22, 2013

Kisah-Kisah Motivasi dan Ibrah

Assalamualaikum..alhamdulillah ini adalah bahan bacaan pertama yang saya hasilkan dimana saya susun kembali cerita-cerita motivasi dan juga kisah-kisah para sahabat untuk dijadikan sebagai satu bahan yang boleh menjadi motivasi dalam kehidupan harian kita. 
seperti Sabda Rasulullah S.A.W: "Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat"

~semoga bermanfaat~

Sunday, May 19, 2013

Dakwah melalui Hiburan

Dua Tahun yang berbeza.. Tapi mempunyai niat yang sama iaitu menyebarkan dakwah melalui media hiburan Nasyid..bersama-sama ahli Da`Voice membuat persembahan sempena Majlis Anugerah Canselor..walaupun ahli berkurang dan bertambah, ada muka baru dan muka lama kami tetap bersemangat untuk meneruskan niat murni ini agar Nasyid di Kolej Canselor terus menjadi medium menyampaikan dakwah melalui hiburan..

 
Persembahan Majlis Anugerah Canselor 2012

                                  
                                              Persembahan Majlis Anugerah Canselor 2013

Friday, May 17, 2013

Lawatan Lestarikan Pendidikan Moral Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling

Lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway..Program Lestarikan Pendidikan Moral

BenKov


 Alhamdulillah..bersama kawan-kawan seperjuangan Bacelor Pendidkan Bimbingan dan Kaunseling ke SMK Bandar Sunway berjalan lancar walaupun pada awalnya sesat mencari sekolah tersebut. Perjalan pergi mengambil masa 3 jam tapi perjalanan balik hanya setengah jam.hehe pelik kn?..Tapi itulah pengalaman manis yang telah ditempuh oleh kami warga Benkov(Bimbingan Kaunseling One Voice). Tentatif program bermula dengan menemu bual guru Panitia Pendidikan Moral sekolah tersebut iaitu Pn. Wong berkaitan pendidikan moral di sekolah tersebut. Bagaimana cabaran dan kaedah yang dihadapi oleh guru pendidikan Moral di sekolah ini dalam mengajar pelajar-pelajar disekolah ini.

 Kami juga sempat melihat sendiri bagaimana Proses P&P Pendidikan Moral disekolah tersebut. Agak menarik kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru yang mengajar dengan mengunakan kemudahan yang ada di sekolah seperti projektor dan komputer. Pelajar bukan sahaja diajar mengunakan buku teks yang sedia ada malahan pelajar turut ditayangkan video-video berkaitan tajuk yang dipelajari bagi mengukuhkan lagi pemahaman pelajar disamping mengelakkan pelajar merasa bosan. Selain itu aktiviti pedebatan dihujung waktu pembelajaran juga turut membantu dalam mengukuhkan pemahaman pelajar-pelajar. Pelajar diberi peluang mengutarakan idea-idea mereka berkaitan tajuk yang diberikan. Dengan ini, guru dapat mengukur sejauh mana kefahaman pelajar tentang tajuk yang telah dipelajari setiap minggu.
"kita perlu lihat siapa yang kita ajar, menegah rendah atau menengah atas. setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza. jika kita mengajar pelajar yang berada dikelas agak belakang kita tidak boleh terlalu fokus pada buku teks, tetapi banyakkan aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat mereka"..
~terima kasih kepada pensyarah kami Dr.Suraya dan juga kawan-kawan seperjuangan diatas pengalaman Ilmiah ini. semoga kita menjadi guru yang cemerlang..insyaAllah..SELAMAT HARI GURU..