![]() |
| BenKov
|
Kami juga sempat melihat sendiri bagaimana Proses P&P Pendidikan Moral disekolah tersebut. Agak menarik kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru yang mengajar dengan mengunakan kemudahan yang ada di sekolah seperti projektor dan komputer. Pelajar bukan sahaja diajar mengunakan buku teks yang sedia ada malahan pelajar turut ditayangkan video-video berkaitan tajuk yang dipelajari bagi mengukuhkan lagi pemahaman pelajar disamping mengelakkan pelajar merasa bosan. Selain itu aktiviti pedebatan dihujung waktu pembelajaran juga turut membantu dalam mengukuhkan pemahaman pelajar-pelajar. Pelajar diberi peluang mengutarakan idea-idea mereka berkaitan tajuk yang diberikan. Dengan ini, guru dapat mengukur sejauh mana kefahaman pelajar tentang tajuk yang telah dipelajari setiap minggu.
"kita perlu lihat siapa yang kita ajar, menegah rendah atau menengah atas. setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza. jika kita mengajar pelajar yang berada dikelas agak belakang kita tidak boleh terlalu fokus pada buku teks, tetapi banyakkan aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat mereka"..
~terima kasih kepada pensyarah kami Dr.Suraya dan juga kawan-kawan seperjuangan diatas pengalaman Ilmiah ini. semoga kita menjadi guru yang cemerlang..insyaAllah..SELAMAT HARI GURU..




No comments:
Post a Comment