Matlamat Tanpa Kemahiran ibarat Mimpi disiang hari
"Vision without skill is like Day Dreaming"
Ketika waktu petang di Pejabat Kolej Canselor ternampak Satu Sticky Note pada Printer
seorang staff di kolej itu..di atas nota itu tertulis "Vision without Skill is Like Day Dreaming".
Terasa ia sebagai satu motivasi untuk diri yang mengatakan bahawa sebesar mana
pun perancangan yang kita rancangkan tanpa ilmu, kemahiran dan pengalaman
ia mustahil dapat dilaksanakan..hanya cakap kosong tanpa sebarang tindakan..
Namun apabila sudah memiliki ilmu, kemahiran dan pengalaman yang cukup juga
tidak semestinya menjamin kejayaan didepan mata kerana manusia tidak berkuasa
di atas segala sesuatu kecuali dengan izin Allah s.w.t.. Dari itulah letakkanlah pergantungan
kita kepada Allah sepenuhnya dan bukannya kepada makhluk-Nya..Sebaik-baik kita merancang,
Allah jua yang menentukan Kesudahannya..
Semoga Kita Menjadi Hamba Yang Soleh dan tidak sombong meminta kepada-Nya..