Labels

Tuesday, August 13, 2013

Hanya Engkau..

Dalam surah al-Fatihah ayat 1-7 yg bermaksud 
"dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam, Yang Maha pengasih, Maha Penyayang, Pemilik hari pembalasan. Hanya kpd Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yg lurus. Iaitu jalan orang yg telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yg dimurkai, dan bkn pula jalan mereka yg sesat".

Ayat ke-4 Allah bersabda bahawa Dialah pemilik hari pembalasan dimana hari manusia akan dihisab dan menerima pembalasan setimpal dengan amalannya, baik ataupun buruk. Dalam surah Al-Infitar ayat 17 dan 18, Allah bertanya berturut-turut kpd kita manusia apakah dia hari pembalasan?. Dan kemudiannya Allah menjawab pada ayat ke-19 yg bermaksud 

"(yaitu)pada hari ketika seseorang sama sekali tidak berdaya (menolong) orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah".

Allah lah yang paling berkuasa keatas segalanya. KepadaNya lah kita hanya memohon pertolongan pada ketika itu. Seperti ayat ke-5 dlm surah Al-Fatihah yg bermaksud
 "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan".

No comments:

Post a Comment